Warning

Maaf kalau entry disini mengandungi bahasa pasar dan bahasa campur2.. Sebab ini blog peribadi untuk mengulangkaji.

Wednesday, October 19, 2011

Introduction to Quantum Mechanics.

AMARAN DAN MOHON MAAF: Maaf kalau entry ni mengandungi bahasa pasar dan bahasa campur2.. Sebab ini blog peribadi untuk mengulangkaji.. Sebab aku nie addict to internet. So ni la cara aku nak guna addict aku untuk study. So sapa2 yg baca tu.. Pepandai la tukar dalam term yg sesuai untuk jawab exam dan perbincangan di dunia Fizik.


Dalam Quantum Mechanics, ada bnyak benda di dalamnya.. dalam entry nie dan seterusnya sehingga sepanjang sem adalah tahap budak degree je.. Blom tahap Master, PhD bagai~ Aku tak leh tulis course outline sebab ianya sulit, sebab nnti katanya ada kolej swasta akan tiru modul kami. Katanya la.. (tapi mmg da berlaku).. Tapi Ilmu tak salah untuk dikongsi..

Ok, straight to the point.

Quantum Mechanics yg aku belajar, terbahagi kepada 5bab dan semestinya bnyak anak2 (subtopics).

The Origin Of Quantum Mechanics.

What is Quantum Mechanics?
Quantum Mechanics is a principle that explain the behaviour of matter and it's interaction with energy on the scale of atoms and it atomic particle.

aaa? apa tu? ok.. explain dalam bahasa melayu pula

Mekanik Kuantum adalah prinsip-prinsip untuk menerangkan sifat sesuatu jasad (ataupun benda di sekeliling), dan interaksinya terhadap tenaga dalam bentuk yg sgt kecil iaitu dalam ukuran atom dan zarah dalam atom tersebut. Zarah dalam atom tersebut merangkumi electron, proton dan neutron (struktur nukleus atom). Dan Seperti yang diketahui, terdapat lagi bnyak elementary particle (subatomic particle) iaitu zarah yang lagi kecil dari 3 element utama yg korang belajar time sekolah dulu.. (electron, proton, dan neutron).

Ini antara subatomic particle tersebut yang terdiri dari quarks, leptons dan boson.



tgok la youtube ini untuk maklumat lanjut tentang subatomic particle.

Quantum Mechanic diperkenal setelah classical mechanic gagal untuk menjelaskan keputusan eksperimen untuk jasad yang lebih kecil.. Classical Mechanic hanya berfungsi dalam kehidupan harian dan yang boleh dilihat dengan mata kasar.. Apabila saintis sudah maju dan mula mengkaji jasad yang sangat kecil, hukum newton dan sebagainya tidak dipatuhi.

Antara fenomena yang gagal diperjelaskan dalam Classical Mechanic adalah:-

-Blackbody Radiation
-Photoelectric Effect
-Compton Effect
-Pair Production

So. ahli2 sains pada masa tu berkumpul dan mencipta satu teori baru yg dinamakan Quantum Mechanics.


Tu baru Introduction.. Rilek2,, Step by step. journey of a thousand miles, must begin with the first step.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...