Warning

Maaf kalau entry disini mengandungi bahasa pasar dan bahasa campur2.. Sebab ini blog peribadi untuk mengulangkaji.

Saturday, October 22, 2011

Introduction to Computational Physics

Pengenalan

Sebelum kita menggunakan komputer untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita harus mengarahkan komputer tersebut untuk mengikut prosedur tertentu dan menyelasaikan tugas yang dikehendaki

Ianya melibatkan beberapa langkah:
1) Menukarkan masalah tersebut ke dalam beberapa langkah set logik yang komputer boleh diikut
2) Memberitahu komputer supaya mengikut dan melengkapkan set logik tersebut.


1.1 Computer algorithm.
Set logik yang lengkap untuk menyelesaikan masalah komputer tertentu dipanggangil "computer/numerical algorithm.

contoh:

File:Euclid flowchart 1.png

1.2 Computer language (Bahasa komputer)

Program komputer yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan komputer.
komputer program atau kod adalah pengumpulan kenyataan yang  biasanya akan ditulis dalam bahasa program komputer.


1.3. Kod komputer
Bits dan bytes.

Komputer hanya menggunakan sistem nombor binari sebagai nombor asas untuk beroperaso.

Dalam sistem binari, hanya ada 2 simbol sahaja. Iaitu "0" dan "1" sahaja.
Contoh: 110010011

setiap nombor binari tersebut dirujuk sebagai bit.

8 bit = 1 byte
4 bit = 1 nibble


1.4. Bahasa program komputer.
Terdapat 2 jenis:

a. bahasa tahap rendah
bahasa tahap rendah adalah bahasa primitf ataupu kod binary seperti "1110011"

b. bahasa tahap tinggi.
Komputer digunakan untuk menukarkan bahasa tahap tinggi kepada kod.



Contoh:


// operating with variables

#include <iostream>
using namespace std;

int main ()
{
  // declaring variables:
  int a, b;
  int result;

  // process:
  a = 5;
  b = 2;
  a = a + 1;
  result = a - b;

  // print out the result:
  cout << result;

  // terminate the program:
  return 0;
}

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...