Warning

Maaf kalau entry disini mengandungi bahasa pasar dan bahasa campur2.. Sebab ini blog peribadi untuk mengulangkaji.

Thursday, December 6, 2012

Wave (Fizik Asas) - Part 1

Apa itu gelombang?

Gelombang adalah gangguan atau ayunan yang bergerak melalui ruang masa, dan melibatkan perpindahan tenaga. 

Secara umumnya gelombang boleh dikaitkan dengan sesuatu yang berayun sama ada secara melintang atau membujur.


Gelombang melintang



Gelombang membujur



Dalam fizik terdapat 3 jenis gelombang.

1. Gelombang mekanikal.
Gelombang mekanikal adalah yang paling terkenal dan biasa di sebut. Ianya kerana senang diperhatikan oleh mata kasar. Contohnya adalah gelombang air, bunyi, dan gelombang seismik.

   
                       Gelombang Air                                                           Gelombang bunyi




                              Gelombang Seismik



Gelombang seismik adalah gelombang yang bergerak melalui bumi dan yang terhasil dari gempa bumi, letupan gunung berapi, dan tenaga akustik berfrekuensi rendah.


2. Gelombang Elektromagnetik
Gelombang elektromagnetik adalah paling kurang dilihat tetapi kita selalu menggunakannya. Contoh adalah cahaya yang boleh dilihat (iaitu warna pelangi), x-ray, ultraviolet, gelombang radio, gama, dan sebagainya.





3. Gelombang jirim.
Gelombang jirim ini diusulkan oleh de Broglie. Ianya bermaksud, jirim seperti elektron, proton, dan lain-lain jirim yang mempunyai jisim juga mempunyai gelombang. Agak pelik bukan? Atom-atom batu, pokok, dan pepejal yang lain mempunyai gelombang tersendiri?



*abaikan pengiraan, cuma lihat saja wavelength bagi setiap atom tersebut.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...