Warning

Maaf kalau entry disini mengandungi bahasa pasar dan bahasa campur2.. Sebab ini blog peribadi untuk mengulangkaji.

Wednesday, October 24, 2012

2. Motion Along Straight Line (Fizik Asas)

Dalam subtopik ini ini, anda akan belajar tentang sesaran, halaju, dan pecutan.



Sesaran.
Apa itu sesaran?
Sesaran adalah kuantiti vektor (kuantiti dan arah) dimana jarak diantara titik permulaan dan terakhir dalam sesuatu pergerakan sesatu benda.

Contoh:



Laluan biru adalah jalan yang diambil.. Laluan hijau adalah jalan yang terdekat. Laluan hijau adalah sesaran.




Baiklah dalam kes bola baiklah.. mari kita lihat dalam paksi X dahulu.. iaitu dari 0.0 ke F..
walaupun bola tersebut melalui A, B, C, D, E dah F. Sesaran adalah dikira terus dari 0.00 -> B -> D -> F.

dalam paksi Y pula.
mari kita lihat situasi A dahulu.
Dari A ke B, sesaran adalah 1.5. Dan Dari B ke C, sesaran adalan lebih kurang 1.2.

Tapi, jika sesaran dikira dari B hingga D. Sesaran adalah 0. (mohon igt, paksi Y. iaitu ke atas)
Begitu juga D ke F, sesaran adalah 0.

Halaju
Rumus bagi halaju adalah , jarak/masa.

Jika jarak yang dilalui adalah 5 meter dalam 5 saat. Maka halajunya adalah,

      meter
 =  _____
     masa

       5m
= ______
        5s
=1m/s

halajunya adalah 1m/s. Jika anda lihat meter di kereta anda. ianya dalah unit km/j..



maksudnya, apabila meter anda mencecah 20km/j. Maksudnya, anda bergerak 20km dalam masa 1 jam.

Pecutan.

Apa itu pecutan?
Pecutan adalah kadar perubahan halaju dalam sesuatu masa. Ianya adalah vektor kuantiti (arah dan magnitud.)

Pecutan juga dikaitkan dengan daya seperti yang dinyatakan dalam Newton second Law.

Anda boleh tekan lihat semula tajuk Fizik Asas: Newton Law of motion dan anda boleh lihat saya menjelaskan tentang pecutan.

Rumus bagi pecutan adalah,

       Perubahan halaju  
a = _____________
               masa
     
Pecutan adalah perubahan halaju sesuatu jisim terhadap masa.

Contoh, anda sedang memandu, dan anda lihat meter anda dalam keadaan 0 km/j.



Apabila anda tekan minyak, dalam masa 10 saat, kereta anda dari halaju 0 km/j telah berada dalam kelajuan 80km/j. Ini bermakna dalam tempoh 10 saat, anda mengalami pecutan sebanyak 2.22m/s2





Baiklah, ini jalan kira bagi kes di atas.


v = halaju akhir
u = halaju awal
t = tempoh

Dalam jalan kira diatas, saya menukarkan kilometer kepada meter dan jam kepada saat supaya unit akhir adalah dalam bentuk 2.22m/s2.

80km, kilo adalah 1000. maka 80 x 1000 = 80000m,
dan 1 jam bersamaan = 60 minit, dan 1 minit bersamaan 60saat.
Maka, 60 minit x 60 = 3600 saat. Tapi dalam situasi asal, ianya belangsung selama 10saat. 
Jadi, saya tempoh yang diambil adalah 36000s.

Anda juga perlu tahu situasi nyah pecutan.

Nyah pecutan adalah dimana kereta dari 80km/j menekan brek dan berhenti kepada 0km/j dalam masa 10saat. Maka nyah pecutan adalah - 2.22m/s2.  Simbol negatif menandakan nyah pecutan.


Seterusnya, terdapat juga beberapa pecutan dalam bentuk 2 dimensi.Di namakan "Tangential and centripetal acceleration".  Iaitu ia mengalami pecutan bukan dalam 1 garisan lurus.

Contoh adalah,


Ianya mengalami pecutan dimana halajunya tidak sama pada waktu yang belainan.


Kes-kes khas bagi pecutan.

Kes pertama adalah pecutan adalah tetap. Iaitu ia akan sentiasa mengalami pecutan. Jika kereta dalam 1 masa tertentu mengalami halaju yang sama, ia tidak mengalami pecutan. Dimana dalam rumus di atas, halaju akhir adalah sama dengan halaju awal. Contoh, kereta tersebut bergerak dalam kelajuan 80km/j dalam masa 10 saat. Halaju awal dan akhir tetap 80km/j. Kira macam ala-ala Jamal Abdillah, kekasih awal dan akhir. Haha. Maka, pecutan adalah kosong. 

Tetapi dalam pecutan graviti, tiada pecutan bersamaan 0. Pecutan graviti, g, adalah 9.8m/s. Iaitu, a = g = 9.8 m/s. 

Maka objek yang jatuh tetap akan mengalami perubahan halaju.
Makin lama ia jatuh, makin bertambah halaju objek itu. Sebab itu, makin tinggi kita terjun. Kesan yang akan dialami bergantung pada momentum , mv pada waktu itu. Rumus momentum adalam mv. m-mass, v-halaju. Jika tempat tinggi, halaju akan bertambah apabila ia ke lantai, maka (50kg)(1000m/s)= 50000N

Daya bagi objek yang tidak bergerak kebawah.
Dalam newton law yang lalu, 
F= ma, tetapi dalam graviti. F = mg.
Contoh, berat anda adalah 50kg. Maka, daya yang anda dikenakan ke atas lantai adalah

F=(50)(9.8) = 490N

Jadi boleh bayang bukan, kesakitan apabila anda duduk diatas orang yang hanya sebanyak 490N dibandingkan dengan 5000N apabila kita jatuh dari tempat tinggi.

Kes ke dua.
Seperti yang anda tahu, apabila mengalami perubahan halaju, baru pecutan berlaku bukan?
Tetapi ada 1 kes dimana halaju adalah sama, tetapi ia tetap mengalami pecutan. Iaitu circular motion.

Contoh adalah pergerakan bulan mengelilingi bumi. (abaikan aphelion and perihelion)


Ianya sentiasa dalam halaju yang sama, tetapi sentiasa mengalami pecutan.

Pecutan adalah unit vektor, iaitu gabungan antara arah dan magnitud. Dalam kes ini, magnitud adalah sama. Iaitu ia sentiasa bergerak dalam halaju 1.01km/s. Tetapi ianya berubah arah. Maka ia tetap mengalami pecutan. Kerana ianya melibatkan kes dalam 2 dimensi. 

Jadi, adakah kita sentiasa mengalami pecutan atau tiada pecutan bagi kes bumi berputar dalam 1,674.4 km/j??

Kita sentiasa mengalami pecutan kerana bumi juga terlibat dalam circular motion. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...