Gelombang adalah gangguan atau ayunan yang bergerak melalui ruang masa, dan melibatkan perpindahan tenaga.
Secara umumnya gelombang boleh dikaitkan dengan sesuatu yang berayun sama ada secara melintang atau membujur.
Gelombang melintang
Gelombang membujur
Dalam fizik terdapat 3 jenis gelombang.
1. Gelombang mekanikal.
Gelombang mekanikal adalah yang paling terkenal dan biasa di sebut. Ianya kerana senang diperhatikan oleh mata kasar. Contohnya adalah gelombang air, bunyi, dan gelombang seismik.
Gelombang Air Gelombang bunyi
Gelombang Seismik
Gelombang seismik adalah gelombang yang bergerak melalui bumi dan yang terhasil dari gempa bumi, letupan gunung berapi, dan tenaga akustik berfrekuensi rendah.
2. Gelombang Elektromagnetik
Gelombang elektromagnetik adalah paling kurang dilihat tetapi kita selalu menggunakannya. Contoh adalah cahaya yang boleh dilihat (iaitu warna pelangi), x-ray, ultraviolet, gelombang radio, gama, dan sebagainya.
3. Gelombang jirim.
Gelombang jirim ini diusulkan oleh de Broglie. Ianya bermaksud, jirim seperti elektron, proton, dan lain-lain jirim yang mempunyai jisim juga mempunyai gelombang. Agak pelik bukan? Atom-atom batu, pokok, dan pepejal yang lain mempunyai gelombang tersendiri?
*abaikan pengiraan, cuma lihat saja wavelength bagi setiap atom tersebut.